Sunday 1 April 2012

KEBAIKAN MELAKUKAN SENAMAN


Senaman boleh memberikan banyak faedah dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Selain amalan makanan yang sihat dan rehat yang secukupnya, senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. 

Dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen, banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti bersenam ini. Mereka yang aktif bersenam dengan tetap, mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak aktif dan sedentari. 

Senaman didapati berkesan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan terutama bagi mereka yang berpenyakit dan bermasalah seperti penyakit jantung, diabetes, kegemukan, hipertensi dan osteoporisis. 

Senamam haruslah dijadikan komponen cara hidup sihat dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Senaman merupakan satu aktiviti yang perlu dirancang, diulang-ulang dan dibentuk mengikut kehendak dan keupayaan individu.

Secara fisiologi, apabila bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan, di mana ia akan menjadikan salur darah mengecil untuk meningkatkan tekanan darah, supaya darah sampai kepada organ dalam masa singkat. Salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen kepada otot yang bersenam. 

Di jantung pula, kekuatan mengepamnya akan bertambah, tempoh berdenyutnya juga menjadi pendek. Senaman membantu menjadikan jantung lebih kuat kerana jantung akan dilatih untuk mengepam darah dengan cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisma tinggi.

Beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boleh meningkatkan tahap kesihatan mental. Kesihatan mental yang baik membolehkan kita berfikir dengan mudah, terasa gembira dan juga mampu mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan menjamin kesejahteraan hidup kita.


Dengan hanya melakukan aktiviti yang mudah seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.


William P. Morgan dari University of Wisconsin mendapati bahawa senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa dengan yoga.



Sunday 19 February 2012